Showing posts with label Pendidikan. Show all posts
Showing posts with label Pendidikan. Show all posts

Monday, 17 October 2016

Jom Pinterest!!


Dalam bengkel pembinaan Bahan Sumber BM & BI pada 6 Oktober yang lalu, saya telah memperkenalkan aplikasi Pinterest kepada semua peserta. Ternyata ramai peserta yang masih belum mengetahui tentang mudahnya berkongsi bahan PdP melalui Pinterest. Terlalu banyak idea praktikal yang dapat mereka lihat melalui aplikasi tersebut, Antara tugasan yang mereka perlu lakukan ialah mendaftar dalam aplikasi tersebut dan mencipta "board" mereka . Bagi yang lebih maju, mereka perlu menge"pin" gambar berkenaan PdP dalam board saya iaitu FiTCL (Fun Learning+iThink+Cooperative Learning)




Berikut adalah slaid tentang bagaimana mendaftar akaun Pinterest. 

Wednesday, 22 June 2016

I have, who has?




Assalamualaikum. Untuk kali ni saya nak share tentang aktiviti I have, who has. Aktiviti ni sangat engaging dan dapat 100% penglibatan murid. Kalau x caya, try ye. 

Cara-cara menjalankan aktiviti ni. 
1. Cikgu kena sediakan kad yang cukup utk satu kelas. Untuk aktiviti ni, murid akan mencari pasangan berdasarkan maklumat yang ada di atas task card.




GDB saya dah cuba strategi ni untuk tajuk colours. Ada 10 warna yang murid pelajari. Riuh rendah kelas dengan suara mereka mencari pasangan menggunakan ayat di atas kad. 

Di sini saya kongsikan bagaimana nak menjalankan kaedah ni dalam kelas. Harap dapat membantu.





Antara sumber lain untuk mendapatkan contoh-contoh aktiviti ini. Semoga memberi manfaat dalam menjadikan murid-murid lebih berkeyakinan.