Showing posts with label DTP. Show all posts
Showing posts with label DTP. Show all posts

Friday, 14 October 2016

PENILAIAN BLOG www.coachingresources.blogspot.com

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Terima kasih kerana melayari blog www.coachingresources.blogspot.com. Saya amat mengalu-alukan tuan-tuan dan puan-puan untuk berkongsi maklumat dan memberikan maklum balas terhadap kandungan blog ini.

Sila klik link di bawah untuk menghantar maklum balas anda.

Kerjasama anda saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.


Thursday, 18 August 2016

NUMBERED HEADS TOGETHER

Numbered-Heads-Together ialah strategi koperatif yang melibatkan penglibatan setiap murid dalam menjalankan aktiviti berkumpulan. Bagaimana ini berlaku? 
Setiap murid dalam kumpulan mempunyai satu nombor, cthnya: 
Mei Lan=1, 
Jasmin=2, 
Ganesan=3 
dan Rizal=4.

Dalam menjalankan perbincangan, guru mengarahkan nombor 1 untuk mula menulis, diikuti oleh nombor 2, 3 dan 4. Dengan ini, kawalan kelas dapat dijalankan dengan baik. Dalam pembentangan pula, guru boleh mengarahkan nombor 4 untuk membuat pembentangan. Dalam kelas berikutnya pada hari berikutnya pula, dalam aktiviti lain, guru boleh mengarahkan nombor 2 pula untuk membuat pembentangan. Murid akan sentiasa bersedia dan memberi kerjasama sepenuhnya apabila guru membudayakan kaedah ini.

Kaedah ini telah terbukti berkesan di dalam kelas-kelas guru bimbingan saya. Kelas dapat dikawal dengan lebih mudah. Murid lebih bertanggungjawab dalam proses perbincangan kumpulan.