Showing posts with label PdPc. Show all posts
Showing posts with label PdPc. Show all posts

Tuesday, 13 August 2019

QUESTIONING STRATEGY: PPPB


Pose, pause, bounce and pounce, is a no-hands up questioning strategy and it might take some time to get students used to not raising their hands.

  • First, pose a pre-planned scenario or a question for students to think about.
  • Pause - allow students time to think before answering. The trick is not to let the silence bother you, and to wait long enough for students to consider their answer.
  • Pounce - choose one student at random to answer (reminding students of no hands-up if needed). There are several methods you could use to choose the student, such as picking names out of a hat, names on lolly sticks or random name generators.
  • Bounce - When the student has given an answer, resist the temptation to comment yourself! Instead, bounce the idea straight to another student to comment on or add to. If you want, you can keep bouncing the response around the class allowing more students to add their response.
Here's a video of PPPB strategy from Ms Kamini's class in SJKC Pei Cheng, Kulai. Can you please leave constructive comments after watching this video? Thanks a zillion!!!





Apa ada dalam Microsoft Educator Centre? Bagaimana Bermula?




Assalamualaikum!! Selamat Petang!!!
Haaa...kali ni saya kongsikan bagaimana anda boleh membina profil Microsoft Educator anda. 
Kebanyakan "Courses" dalam Educator Centre adalah PERCUMA. Anda hanya perlu luangkan masa untuk menonton video atau membaca modul-modul bagi setiap course. 

Di akhir modul akan diberikan kuiz yang memang anda mampu jawab. Jika tak lulus (mencapai kurang daripada 80%) anda boleh sentiasa retake kuiz tersebut sampai berjaya, Untuk mulakan, boleh klik dan "sign in"

KOMPEM PERCUMA!!!

Semoga bermanfaat!!


Catatan seorang SISC+

Thursday, 8 August 2019

Aktifkan Murid dengan strategi Rally Coach


Berikut adalah satu video yang saya ingin kongsikan di dalam kelas Cikgu Shamsiah, guru Sejarah di SMK Kangkar Pulai. Sepertimana kita semua maklum, Sejarah adalah subjek wajib lulus dalam SPM. Ia menjadi cabaran bagi guru-guru dalam proses PdPc di mana murid-murid yang kurang menguasai Bahasa Melayu sering merasakan Sejarah merupakan subjek yang sukar. Ini kerana ia memerlukan pembacaan dan pemahaman yang teliti. Oleh itu, satu intervensi dalam PdPc perlu dijalankan oleh Ketua Panitia 
Dalam sesi rundingan dan konsultasi bersama-sama Ketua Panitia, sedikit perkongsian tentang Rally Coach telah dijalankan oleh SISC+. Setelah memahami bagaimana strategi ini boleh membantu murid, maka dalam proses seterusnya, cikgu Gowry membimbing cikgu Shamsiah pula, iaitu guru seliannya bagi subjek Sejarah. 
Menurut cikgu Shamsiah, cikgu Gowry telah berkongsi tentang Rally Coach dan cikgu Shamsiah pun menyediakan alat bantu mengajar iaitu kad tentang matawang dan merancang bagaimana ia akan dijalankan di dalam kelas Sejarah tingkatan 4.  Jom kita tonton video PdPc Sejarah ini!!


Video ini dirakamkan dalam kelas Sejarah secara authentic, tiada sebarang rehearsal dijalankan sebelum kelas berlangsung. 
Semoga bermanfaat.

Catatan seorang SISC+

Friday, 10 March 2017

KAHOOT: LANGKAH DEMI LANGKAH

Kahoot! ialah platform untuk pembelajaran secara‘Blended Learning’ yang menyediakan ruang pembelajaran yang menarik iaitu kaedah pembelajaran berasaskan pedagogi digital melalui pertandingan atau permainan.
Kahoot mudah digunakan kerana melibatkan sistem respons pengguna yang berfungsi melalui sebarang peranti menjadikan kelas lebih interaktif dan menggalakkan kedua-dua pihak- pendidik dan pelajar bertanya soalan yang hebat.