Showing posts with label koperatif. Show all posts
Showing posts with label koperatif. Show all posts

Tuesday, 1 November 2016

Hierarki Pembelajaran Gagne


Gagne memperkenalkan 8 jenis tahap pembelajaran mengikut kesukaran



PEMBELAJARAN ISYARAT
-Berlaku secara semula jadi dan tidak sengaja
-Kemahiran prasyarat perlu dimiliki seseorang.
-Contoh: Loceng sekolah berbunyi pada pukul 10.00 am menandakan waktu rehat.
-Ransangan positif dapat menyeronokkan PdP.
PEMBELAJARAN RANSANGAN/TINDAK BALAS
-Proses peneguhan penting.
-Memberi ganjaran apabila pelajar telah berjaya melakukan kerja yang disuruh.
PEMBELAJARAN RANGKAIAN
-Penggabungan beberapa bahan ransangan yang menghasilkan gerak balas.
-Selalunya digunakan berbentuk ABM atau semasa set induksi
-Turut menghasilkan tindak balas berbentuk urutan.
PERTALIAN BAHASA
-Menggunakan bahasa untuk mengaitkan pembelajaran.
-Memerlukan proses ulangan untuk menjamin peneguhan.
PEMBELAJARAN DISKRIMINASI
-Pembelajaran berfokus kepada cara untuk membezakan ciri-ciri sesuatu objek/keadaan.
-Pelajar perlu membezakan pelbagai ransangan yang seakan sama untuk menghasilkan tindak balas yang khusus.
PEMBELAJARAN KONSEP
-Guru membimbing pelajar kenal pasti ciri-ciri tertentu berdasarkan konsep yang dipelajari.
-Melalui contoh-contoh yang jelas.
PEMBELAJARAN HUKUM
-Gabungan 2 atau lebih konsep berkaitan mengikut urutan.
-Libatkan : rumus, prinsip, teori dan generalisasi
PEMBELAJARAN MENYELESAIKAN MASALAH
-Terdapat langkah2 yang tersendiri:
a.Mengenal masalah
b.Mencari maklumat
c.Membuat hipotesis
d.Pilih cara selesaikan masalah
e.Uji hipotesis
f.rumusan

RUJUKAN:
Gagne, R. & Driscoll, M. (1988). Essentials of Learning for Instruction (2nd Ed.). Englewood Cliffs, NJ: Prentice-Hall.

Thursday, 18 August 2016

NUMBERED HEADS TOGETHER

Numbered-Heads-Together ialah strategi koperatif yang melibatkan penglibatan setiap murid dalam menjalankan aktiviti berkumpulan. Bagaimana ini berlaku? 
Setiap murid dalam kumpulan mempunyai satu nombor, cthnya: 
Mei Lan=1, 
Jasmin=2, 
Ganesan=3 
dan Rizal=4.

Dalam menjalankan perbincangan, guru mengarahkan nombor 1 untuk mula menulis, diikuti oleh nombor 2, 3 dan 4. Dengan ini, kawalan kelas dapat dijalankan dengan baik. Dalam pembentangan pula, guru boleh mengarahkan nombor 4 untuk membuat pembentangan. Dalam kelas berikutnya pada hari berikutnya pula, dalam aktiviti lain, guru boleh mengarahkan nombor 2 pula untuk membuat pembentangan. Murid akan sentiasa bersedia dan memberi kerjasama sepenuhnya apabila guru membudayakan kaedah ini.

Kaedah ini telah terbukti berkesan di dalam kelas-kelas guru bimbingan saya. Kelas dapat dikawal dengan lebih mudah. Murid lebih bertanggungjawab dalam proses perbincangan kumpulan. 

Wednesday, 22 June 2016

I have, who has?




Assalamualaikum. Untuk kali ni saya nak share tentang aktiviti I have, who has. Aktiviti ni sangat engaging dan dapat 100% penglibatan murid. Kalau x caya, try ye. 

Cara-cara menjalankan aktiviti ni. 
1. Cikgu kena sediakan kad yang cukup utk satu kelas. Untuk aktiviti ni, murid akan mencari pasangan berdasarkan maklumat yang ada di atas task card.




GDB saya dah cuba strategi ni untuk tajuk colours. Ada 10 warna yang murid pelajari. Riuh rendah kelas dengan suara mereka mencari pasangan menggunakan ayat di atas kad. 

Di sini saya kongsikan bagaimana nak menjalankan kaedah ni dalam kelas. Harap dapat membantu.





Antara sumber lain untuk mendapatkan contoh-contoh aktiviti ini. Semoga memberi manfaat dalam menjadikan murid-murid lebih berkeyakinan.



Sunday, 22 May 2016

SAMBUTAN HARI GURU DAERAH KULAI TAHUN 2016

Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kulai Tahun 2016. Saya diamanahkan untuk menyelaras pameran yang bersesuaian dengan tema Hari Guru tahun ini: Guru Pembina Negara Bangsa. 2 sekolah Rintis PAK 21  (Men & Ren) telah dipilih dan juga pameran Inovasi Prasekolah. 


Bersama-sama rakan SISC+, Guru-guru SMK Bandar Putra, SK Sri Pulai Perdana, Guru-guru prasekolah (SK SENAI, SK PUTRA UTAMA, SK LKTP BUKIT BATU DAN SK SRI PULAI PERDANA)
 Antara bahan-bahan yang kami pamerkan di booth SISC+ adalah peralatan Kaedah Koperatif dan Didik Hibur. Penerangan demi penerangan yang kami berikan kepada pengunjung membuatkan kami rasa gembira dan berpuashati kerana rata-rata guru yang mengunjungi pameran kami mendapati kaedah-kaedah itu menarik dan boleh diaplikasi di dalam bilik darjah mereka, Gabungan bahan mengikut subjek Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Matematik ini adalah antara coaching kit yang kami perkenalkan kepada sekolah dalam sesi coaching & mentoring serta sesi perbengkelan. Kerjasama sepasukan sebegini membuatkan kami dapat mengumpulkan begitu banyak bahan. Tengok tuuuuuuuu....banyak tak???? 



DARI KIRI: Pn. Zaidah Binti Yusof (SISC+ BM(R), Pn. Hairunnisak Binti Alimun (SISC+ Matematik (M), saya, dan guru-guru Sekolah Rintis PAK 21 Menengah : Cik Norashikin Binti Jalil dan Pn. Julinah Binti Anakni dari SMK Bandar Putra












Terima kasih kepada semua yang telah bersama-sama menganjurkan Pameran Pendidikan Abad Ke-21 pada tahun ini.




Dapatkan cara-cara menjalankan aktiviti Loop di link
berikut:

https://drive.google.com/file/d/0B6WnLWsdngKjUWdVbm5ZbXNwV1E/view?usp=sharing


manakala template bagi aktiviti loop di sini:
https://drive.google.com/file/d/0B6WnLWsdngKjRzBRWndweTVmdm8/view?usp=sharing








Friday, 20 May 2016

Bengkel Pembugaran Pembelajaran Abad Ke-21 Sekolah-sekolah Daerah Kulai

Pada 12 Mei yang lalu, Bengkel Pembelajaran Abad Ke21 Sekolah-sekolah Daerah Kulai diadakan di Dewan Seminar PPD Kulai. Bengkel tajaan Yayasan Bank Rakyat ini mensasarkan lebih 70 orang Guru Penolong Kanan sekolah-sekolah Menengah dan Rendah. Sebagai salah seorang penceramah, saya telah memberikan input tentang kaedah koperatif dan didik hibur secara hands-on kepada semua peserta (saya rumuskan sebagai FiTCL=Fun Learning, iThink, Cooperative Learning). Adalah diharapkan semua peserta dapat menjalankan bengkel hands-on sebegini di sekolah masing-masing.
Aktiviti Snatch-it 

Aktiviti 2 stay 2 stray

Peserta mengisi maklumat dalam booklet yang dibekalkan

Aktiviti 2 stay 2 stray

Aktiviti Inner-Outer Circle

Ucapan alu-aluan oleh Ketua Unit Pengurusan Akademik PPD Kulai, Tn Hj Dom Bin Dui

Balloon Buster

Aktiviti Balloon Buster

Ganjaran diberikan kepada kumpulan yang berjaya menjawab dengan betul.

Balloon Buster

Inner-Outer Circle

Menulis jawapan di atas belon.

Bahan-bahan slaid bengkel boleh dimuatturun di sini:

https://goo.gl/I5A2Q7

https://goo.gl/xJCoF1

https://drive.google.com/open?id=0B6WnLWsdngKjMTBsT1dmWVRJWGs

https://drive.google.com/open?id=0B6WnLWsdngKjZDNOVi1GVjNUUTA


Bengkel Pembelajaran Abad Ke-21 Sekolah-sekolah Daerah Kulai

Pada 12 Mei yang lalu, Bengkel Pembelajaran Abad Ke21 Sekolah-sekolah Daerah Kulai diadakan di Dewan Seminar PPD Kulai. Bengkel tajaan Yayasan Bank Rakyat ini mensasarkan lebih 70 orang Guru Penolong Kanan sekolah-sekolah Menengah dan Rendah. Sebagai salah seorang penceramah, saya telah memberikan input tentang kaedah koperatif dan didik hibur secara hands-on kepada semua peserta (saya rumuskan sebagai FiTCL=Fun Learning, iThink, Cooperative Learning). Adalah diharapkan semua peserta dapat menjalankan bengkel hands-on sebegini di sekolah masing-masing.
Aktiviti Snatch-it 

Aktiviti 2 stay 2 stray

Peserta mengisi maklumat dalam booklet yang dibekalkan

Aktiviti 2 stay 2 stray

Aktiviti Inner-Outer Circle

Ucapan alu-aluan oleh Ketua Unit Pengurusan Akademik PPD Kulai, Tn Hj Dom Bin Dui

Balloon Buster

Aktiviti Balloon Buster

Ganjaran diberikan kepada kumpulan yang berjaya menjawab dengan betul.

Balloon Buster

Inner-Outer Circle

Menulis jawapan di atas belon.

Bahan-bahan slaid bengkel boleh dimuatturun di sini:

https://goo.gl/I5A2Q7

https://goo.gl/xJCoF1

https://drive.google.com/open?id=0B6WnLWsdngKjMTBsT1dmWVRJWGs

https://drive.google.com/open?id=0B6WnLWsdngKjZDNOVi1GVjNUUTA


Saturday, 30 April 2016

ROLE CARDS IN COOPERATIVE LEARNING

ROLE CARDS: Is it important?
ROLE CARDS (KAD PERANAN) for each group member.

Many teachers are skeptical about the importance of using role cards in the classroom. Why is it important? Does it have any impact on my pupils? Isn't it time consuming to prepare the cards? My answer would be :
Yes, it is important.
It does help to develop pupils' social skills.
It's easy to prepare (there is a myriad of online resources pertaining Role Cards. Here are some suggestions:

Read Write Think Group Role Cards
When implementing group work with students, it is essential that they understand their role within the group in order for the learning to be effective. By providing the role cards, students can learn to participate in cooperative learning effectively, whilst also developing a range of appropriate social skills. 

www.readwritethink.org/files/resources/lesson_images/.../cooperative.pdf


Working in Small Groups: My Read
This extract from My Read website presents a wide range of practical cooperative group learning strategies that are flexible and provide opportunities for students to work together in the construction of knowledge. 


http://www.myread.org/organisation.htm


The use of Role Cards helps the teacher in managing the classroom better