Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kulai Tahun 2016. Saya diamanahkan untuk menyelaras pameran yang bersesuaian dengan tema Hari Guru tahun ini: Guru Pembina Negara Bangsa. 2 sekolah Rintis PAK 21 (Men & Ren) telah dipilih dan juga pameran Inovasi Prasekolah.
Bersama-sama rakan SISC+, Guru-guru SMK Bandar Putra, SK Sri Pulai Perdana, Guru-guru prasekolah (SK SENAI, SK PUTRA UTAMA, SK LKTP BUKIT BATU DAN SK SRI PULAI PERDANA) |
Antara bahan-bahan yang kami pamerkan di booth SISC+ adalah peralatan Kaedah Koperatif dan Didik Hibur. Penerangan demi penerangan yang kami berikan kepada pengunjung membuatkan kami rasa gembira dan berpuashati kerana rata-rata guru yang mengunjungi pameran kami mendapati kaedah-kaedah itu menarik dan boleh diaplikasi di dalam bilik darjah mereka, Gabungan bahan mengikut subjek Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Matematik ini adalah antara coaching kit yang kami perkenalkan kepada sekolah dalam sesi coaching & mentoring serta sesi perbengkelan. Kerjasama sepasukan sebegini membuatkan kami dapat mengumpulkan begitu banyak bahan. Tengok tuuuuuuuu....banyak tak????
Terima kasih kepada semua yang telah bersama-sama menganjurkan Pameran Pendidikan Abad Ke-21 pada tahun ini. Dapatkan cara-cara menjalankan aktiviti Loop di link berikut: https://drive.google.com/file/d/0B6WnLWsdngKjUWdVbm5ZbXNwV1E/view?usp=sharing manakala template bagi aktiviti loop di sini: https://drive.google.com/file/d/0B6WnLWsdngKjRzBRWndweTVmdm8/view?usp=sharing |
No comments:
Post a Comment