Thursday 18 August 2016

NUMBERED HEADS TOGETHER

Numbered-Heads-Together ialah strategi koperatif yang melibatkan penglibatan setiap murid dalam menjalankan aktiviti berkumpulan. Bagaimana ini berlaku? 
Setiap murid dalam kumpulan mempunyai satu nombor, cthnya: 
Mei Lan=1, 
Jasmin=2, 
Ganesan=3 
dan Rizal=4.

Dalam menjalankan perbincangan, guru mengarahkan nombor 1 untuk mula menulis, diikuti oleh nombor 2, 3 dan 4. Dengan ini, kawalan kelas dapat dijalankan dengan baik. Dalam pembentangan pula, guru boleh mengarahkan nombor 4 untuk membuat pembentangan. Dalam kelas berikutnya pada hari berikutnya pula, dalam aktiviti lain, guru boleh mengarahkan nombor 2 pula untuk membuat pembentangan. Murid akan sentiasa bersedia dan memberi kerjasama sepenuhnya apabila guru membudayakan kaedah ini.

Kaedah ini telah terbukti berkesan di dalam kelas-kelas guru bimbingan saya. Kelas dapat dikawal dengan lebih mudah. Murid lebih bertanggungjawab dalam proses perbincangan kumpulan. 

No comments:

Post a Comment