Alhamdulillah, tirai 2018 kami buka dengan menjalinkan rapport dengan Guru Dibimbing (GDB) melalui Klinik Pedagogi kami. Dengan mengadakan klinik sebegini, kami dapat meluaskan lagi aspek bimbingan kami kepada seluruh warga sekolah, dan membantu guru-guru merancakkan lagi lanskap pembelajaran Abad ke 21 di sekolah,terutamanya dalam pelaksanaan PLC. GDB boleh walk-in dan mendapatkan bimbingan dalam aspek pedagogi darpada mana-mana SISC+ dalam pasukan diamond.
Antara kandungan bimbingan kami adalah:
Penulisan RPH, Aktiviti-aktiviti PAK 21, Pentaksiran Bilik Darjah, Aplikasi digital dan apa-apa yang berkaitan dengan PdPc.
Dalam masa yang sama, sesi PraBimbingan Fasa 2 bersama-sama GDB kami jalankan sebagaimana yang telah dijadualkan, sebelum memulakan bimbingan dalam bilik darjah pada bulan Februari nanti.
|
cenderamata comel untuk semua GDB yang mengunjungi Klinik Pedagogi |
|
Di SMK Seri Pinang |
|
di SMK Bukit Batu |
|
di SJKC Seelong |
|
Team kami bersama-sama Tuan Pengetua SMK Kota Kulai. |
|
Tabung pen. Hihihi |
|
Add caption |
|
GDB mendapatkan bimbingan penulisan RPH |
|
Bila ada kesempatan macam ni lah...Tuan Timbalan pun turut memberi bimbingan kepada SISC+. |
|
Guru Kanan Mata Pelajaran juga turun padang mendapatkan bimbingan untuk mendalami SKPMg2 |
|
Untuk bimbingan digital, ini dia certified Google Educator yang always on standby mode. |
Secara ringkas tentang latar belakang kami:
1. En. Khairul Nisa BIn Nashuri (Guru Cemerlang Matematik)
2. Pn. Julia Binti Abdul Muttalip (Guru Cemerlang Bahasa Inggeris)
3. Pn. Hairunnisak Binti Alimun (Guru Cemerlang Matematik)
4. En. Herryan Syah Bin Tupan (Google Educator)
No comments:
Post a Comment