Tuesday 1 November 2016

Hierarki Pembelajaran Gagne


Gagne memperkenalkan 8 jenis tahap pembelajaran mengikut kesukaran



PEMBELAJARAN ISYARAT
-Berlaku secara semula jadi dan tidak sengaja
-Kemahiran prasyarat perlu dimiliki seseorang.
-Contoh: Loceng sekolah berbunyi pada pukul 10.00 am menandakan waktu rehat.
-Ransangan positif dapat menyeronokkan PdP.
PEMBELAJARAN RANSANGAN/TINDAK BALAS
-Proses peneguhan penting.
-Memberi ganjaran apabila pelajar telah berjaya melakukan kerja yang disuruh.
PEMBELAJARAN RANGKAIAN
-Penggabungan beberapa bahan ransangan yang menghasilkan gerak balas.
-Selalunya digunakan berbentuk ABM atau semasa set induksi
-Turut menghasilkan tindak balas berbentuk urutan.
PERTALIAN BAHASA
-Menggunakan bahasa untuk mengaitkan pembelajaran.
-Memerlukan proses ulangan untuk menjamin peneguhan.
PEMBELAJARAN DISKRIMINASI
-Pembelajaran berfokus kepada cara untuk membezakan ciri-ciri sesuatu objek/keadaan.
-Pelajar perlu membezakan pelbagai ransangan yang seakan sama untuk menghasilkan tindak balas yang khusus.
PEMBELAJARAN KONSEP
-Guru membimbing pelajar kenal pasti ciri-ciri tertentu berdasarkan konsep yang dipelajari.
-Melalui contoh-contoh yang jelas.
PEMBELAJARAN HUKUM
-Gabungan 2 atau lebih konsep berkaitan mengikut urutan.
-Libatkan : rumus, prinsip, teori dan generalisasi
PEMBELAJARAN MENYELESAIKAN MASALAH
-Terdapat langkah2 yang tersendiri:
a.Mengenal masalah
b.Mencari maklumat
c.Membuat hipotesis
d.Pilih cara selesaikan masalah
e.Uji hipotesis
f.rumusan

RUJUKAN:
Gagne, R. & Driscoll, M. (1988). Essentials of Learning for Instruction (2nd Ed.). Englewood Cliffs, NJ: Prentice-Hall.

No comments:

Post a Comment