Sunday, 29 October 2017
Tuesday, 9 May 2017
Contoh Penilaian dalam proses PdPc
Penilaian dalam PdPc.
Salah satu elemen penting dalam PdPc ialah penilaian. Dalam PdPc cikgu Azreen, penilaian bagi objektif pertama dalam PdPc dilakukan setelah murid membaca poem The Meal. Cikgu memilih untuk menilai murid selepas setiap aktiviti, bukan di akhir proses PdPc.
Dalam aktiviti while reading, murid mengenalpasti nama bahan-bahan yang digunakan untuk membuat sandwich di dalam teks. Setelah mengingat dan menyebut nama-nama bahan, guru meminta mereka menulis nama bahan-bahan tersebut di atas sticky notes dan ditampal di Peta Bulatan.
Setelah murid menulis dan menampal, guru meminta semua murid membuat semakan dengan merujuk kepada teks.
Setelah penilaian secara lisan dan bertulis dijalankan, guru meneruskan dengan aktiviti bagi objektif kedua pula.
Dengan cara ini, guru dpt mengesan dan membuat remedial terhadap murid yang belum menguasai. Kefahaman murid dinilai dari semasa ke semasa.
#penilaian #evaluation

Friday, 7 April 2017
Talking Chips
Bagaimana kaedah ini dapat melibatkan SETIAP murid?
Mudah saja!
Kebiasaannya guru-guru memilih untuk menggunakan penutup botol sebagai talking chips. Setiap murid diberikan 2 atau 3 talking chips (bergantung kepada kesesuaian aktiviti).
Antara contoh bagaimana Talking Chips boleh digunakan:
CONTOH 1:
Setiap kali guru menyoal, murid akan memberikan jawapan.
Apabila jawapan telah diberikan, talking chips diserahkan kepada guru atau diletakkan di tengah-tengah meja kumpulan.
Murid-murid yang advanced selalunya akan mencuba untuk menjawab semua soalan. Betul tak? Jadi, dengan adanya talking chips, setiap murid mempunyai 2 atau 3 peluang sahaja. SIAPA DAH HABIS TALKING CHIPS TAK DIBENARKAN BERCAKAP. Equal participation.
Jika sehingga akhir pembelajaran, masih ada lagi murid yang mempunyai talking chips, ini bermakna guru perlu memberi dorongan atau memberikan satu soalan bagi menilai kefahaman murid tersebut. sehingga murid berjaya menghabiskan semua talking chips.
CONTOH 2:
Guru mengarahkan murid untuk memberi pendapat dalam perbincangan kumpulan, Setiap kali murid memberi satu cadangan, talking chips diletakkan di tengah-tengah meja.
Talking Chips menggalakkan mereka mengeluarkan idea secara lisan. Mereka jadi lebih yakin untuk memberi pendapat dan akan membimbing rakan-rakan yang masih ada talking chips.
Friday, 10 March 2017
KAHOOT: LANGKAH DEMI LANGKAH
Kahoot! ialah platform
untuk pembelajaran secara‘Blended Learning’ yang
menyediakan ruang pembelajaran yang
menarik iaitu kaedah pembelajaran berasaskan pedagogi digital
melalui pertandingan atau permainan.
Kahoot mudah digunakan kerana melibatkan sistem respons pengguna
yang berfungsi melalui sebarang peranti menjadikan kelas lebih interaktif dan menggalakkan kedua-dua pihak-
pendidik dan pelajar bertanya soalan yang hebat.
Friday, 24 February 2017
TARSIA
Pernah
menggunakan jigsaw puzzle yang dihasilkan oleh Tarsia Formulator dalam PdPc
anda? Cubalah install Tarsia Formulator dan hasilkan seberapa banyak jigsaw
puzzle mengikut topik yang sesuai. Penggunaan Tarsia amat popular dalam subjek
Sains dan Matematik. Di sini saya tunjukkan cara menghasilkan Standard Jigsaw
(16 pieces) berbentuk segitiga bagi mengenalpasti Simple Past Tense dalam
subjek Bahasa Inggeris.
Langkah
pertama: Install Tarsia Formulator menggunakan link ini :
Langkah
kedua, pilih jenis puzzle yang ingin dihasilkan.
Langkah ketiga. Anda akan melihat paparan begini:
Lihat di bahagian bawah. Terdapat button Input, Table, Output, Solution dan Back Side. Taip perkataan seperti dalam contoh.
Langkah keempat. Pilih nombor 2 pula di button sebelah kanan. Di situ terdapat nombor 1-16 yang menunjukkan kepingan segitiga yang akan terhasil nanti. Setelah memasukkan perkataan sehingga nombor 16, anda bolehlah melihat hasil dalam bentuk Table.
Langkah keenam. Klik di button Solution untuk melihat penyelesaian.
Print dan gunting kepingan tersebut. Hasilnya begini.
Seronoknya murid-murid ini!!
Subscribe to:
Posts (Atom)