Thursday, 8 August 2019

Aktifkan Murid dengan strategi Rally Coach


Berikut adalah satu video yang saya ingin kongsikan di dalam kelas Cikgu Shamsiah, guru Sejarah di SMK Kangkar Pulai. Sepertimana kita semua maklum, Sejarah adalah subjek wajib lulus dalam SPM. Ia menjadi cabaran bagi guru-guru dalam proses PdPc di mana murid-murid yang kurang menguasai Bahasa Melayu sering merasakan Sejarah merupakan subjek yang sukar. Ini kerana ia memerlukan pembacaan dan pemahaman yang teliti. Oleh itu, satu intervensi dalam PdPc perlu dijalankan oleh Ketua Panitia 
Dalam sesi rundingan dan konsultasi bersama-sama Ketua Panitia, sedikit perkongsian tentang Rally Coach telah dijalankan oleh SISC+. Setelah memahami bagaimana strategi ini boleh membantu murid, maka dalam proses seterusnya, cikgu Gowry membimbing cikgu Shamsiah pula, iaitu guru seliannya bagi subjek Sejarah. 
Menurut cikgu Shamsiah, cikgu Gowry telah berkongsi tentang Rally Coach dan cikgu Shamsiah pun menyediakan alat bantu mengajar iaitu kad tentang matawang dan merancang bagaimana ia akan dijalankan di dalam kelas Sejarah tingkatan 4.  Jom kita tonton video PdPc Sejarah ini!!


Video ini dirakamkan dalam kelas Sejarah secara authentic, tiada sebarang rehearsal dijalankan sebelum kelas berlangsung. 
Semoga bermanfaat.

Catatan seorang SISC+

No comments:

Post a Comment