Thursday, 11 October 2018

EXIT TICKET:




Exit Ticket adalah alat pembelajaran yang mengandungi soalan-soalan berkenaan pembelajaran yang diberikan pada penghujung kelas. Soalan-soalan yang diberikan memerlukan jawapan yang ringkas. Murid menyerahkan exit ticket sebelum mereka meninggalkan kelas. Exit ticket juga berperanan sebagai penilaian formatif yang membuatkan murid menggunakan kemahiran penting yang telah dipelajari dalam proses PdPc.

Di sini saya sertakan beberapa templat EXIT TICKET untuk anda.




Thursday, 12 July 2018

MUDAHKAN PROSES PENILAIAN DENGAN APLIKASI PADLET


Padlet merupakan salah satu aplikasi yang sangat mudah untuk mengumpul maklumat daripada murid-murid. Di sini saya tunjukkan langkah demi langkah bagaimana untuk bermula dengan  Padlet. Anda hanya perlu Sign Up sahaja dan ianya PERCUMA.

imej dari www.padlet.com

Langkah 1 & 2
imej dari www.padlet.com

Langkah 3 & 4

imej dari www.padlet.com



Bacaan tentang Padlet:
Maklumat lanjut bagaimana Padlet bermanfaat untuk PdPc, di sini
Bagaimana cikgu Ayu gunakan Padletnya di sini
30 cara kreatif untuk menggunakan Padlet di sini

Tuesday, 30 January 2018

Kawal Kelas dengan COC

COC atau Code of Conduct adalah satu set peraturan kelas yang perlu dipatuhi oleh pelajar ketika kelas berlangsung. Kebiasaannya ia dilakukan di awal tahun di  mana guru menyatakan peraturan-peraturan dalam subjek yang diajar.

Bagi mengurangkan isu seperti
"saya tak bawa buku teks"
"saya tertinggal kalkulator"
"saya tak ada pen"

apa  kata cikgu cuba mengurangkan isu ini dengan meminta pelajar menyebut undang-undang atau peraturan tersebut.

Antara COC yang popular (saya berikan contoh bagi subjek Matematik):
1. Saya mesti membawa Buku Teks Matematik.
2. Saya  mesti membawa kalkulator.
3. Saya mesti membawa buku latihan Matematik
4. Saya mesti membawa alat tulis yang lengkap.
5. Saya mesti pastikan tiada buku subjek lain di atas meja.

Bagaumana  menjadikan COC  berkesan dalam kelas cikgu?
Di sini saya berikan sedikit panduan:
jika cikgu amalkan strategi  Numbered-Heads Together sebelum memulakan kelas, cikgu boleh mengarahkan pelajar begini.
"Sebelum kita memulakan pembelajaran hari ini, saya minta Nombor 3 dari setiap kumpulan untuk menyatakan satu COC kita"
Maka nombor 3 dari kumpulan Pentagon akan bangun dan menyebut salah satu COC
diikuti dengan nombor 3 dari kumpulan  Hexagon, nombor 3 dari kumpulan Octagon dan seterusnya.

Apabila cikgu tekal dengan kaedah ini,  perubahan  tingkah laku positif  pelajar akan dapat dilihat kerana ia disebut dan didengari setiap kali cikgu masuk ke kelas. Secara tidak langsung, pelajar lebih mengingati dan mematuhi peraturan subjek cikgu. Lebih baik jika semua cikgu di sekolah membudayakan COC sebelum memulakan PdPc. Elemen Guru sebagai Pengawal juga dapat dipenuhi secara profesional dan sistematik.

Cuba ya!!!

Wednesday, 24 January 2018

KLINIK PEDAGOGI SISC+ DAERAH KULAI


Alhamdulillah, tirai  2018 kami buka dengan menjalinkan rapport dengan Guru Dibimbing (GDB) melalui Klinik Pedagogi kami. Dengan mengadakan klinik sebegini, kami dapat meluaskan lagi aspek bimbingan kami kepada seluruh warga sekolah, dan membantu guru-guru merancakkan lagi lanskap pembelajaran Abad ke 21 di sekolah,terutamanya dalam pelaksanaan PLC. GDB  boleh walk-in dan mendapatkan bimbingan dalam aspek pedagogi darpada mana-mana SISC+ dalam pasukan diamond.

Antara kandungan bimbingan kami adalah:
Penulisan RPH, Aktiviti-aktiviti PAK 21, Pentaksiran Bilik Darjah, Aplikasi digital dan apa-apa yang berkaitan dengan PdPc.

Dalam masa yang sama, sesi PraBimbingan Fasa 2 bersama-sama GDB kami jalankan sebagaimana yang telah dijadualkan, sebelum memulakan bimbingan dalam bilik darjah pada bulan Februari nanti.


Saksikan VIDEO KLINIK PEDAGOGI SISC+ Kulai .






cenderamata comel untuk semua GDB yang mengunjungi Klinik Pedagogi




Di SMK Seri Pinang

di SMK Bukit Batu


di SJKC Seelong




Team kami bersama-sama Tuan Pengetua SMK Kota Kulai.

Tabung pen. Hihihi

Add caption

GDB  mendapatkan bimbingan penulisan RPH

Bila ada kesempatan macam ni lah...Tuan Timbalan pun turut memberi bimbingan kepada SISC+.
Guru Kanan Mata Pelajaran juga turun padang mendapatkan bimbingan untuk mendalami SKPMg2



Untuk bimbingan digital, ini dia certified Google Educator yang always on standby mode.



Secara ringkas tentang latar belakang kami:

1. En. Khairul Nisa BIn Nashuri (Guru Cemerlang Matematik)
2. Pn. Julia Binti Abdul Muttalip (Guru Cemerlang Bahasa Inggeris)
3. Pn. Hairunnisak Binti Alimun (Guru Cemerlang Matematik)
4. En. Herryan Syah Bin Tupan (Google Educator)




Tuesday, 9 May 2017

Contoh Penilaian dalam proses PdPc

Penilaian dalam PdPc.

Salah satu elemen penting dalam PdPc ialah penilaian. Dalam PdPc cikgu Azreen, penilaian bagi objektif pertama dalam PdPc dilakukan setelah murid membaca poem The Meal. Cikgu memilih untuk menilai murid selepas setiap aktiviti, bukan di akhir proses PdPc.

Dalam aktiviti while reading, murid mengenalpasti nama bahan-bahan yang digunakan untuk membuat sandwich di dalam teks. Setelah mengingat dan menyebut nama-nama bahan, guru meminta mereka menulis nama bahan-bahan tersebut di atas sticky notes dan ditampal di Peta Bulatan.

Setelah murid menulis dan menampal, guru meminta semua murid membuat semakan dengan merujuk kepada teks.

Setelah penilaian secara lisan dan bertulis dijalankan, guru meneruskan dengan aktiviti bagi objektif kedua pula.

Dengan cara ini, guru dpt mengesan dan membuat remedial terhadap murid yang belum menguasai. Kefahaman murid dinilai dari semasa ke semasa.

#penilaian #evaluation

Friday, 7 April 2017

Talking Chips


Bagaimana kaedah ini dapat melibatkan SETIAP murid? 
Mudah saja!
Kebiasaannya guru-guru memilih untuk menggunakan penutup botol sebagai talking chips. Setiap murid diberikan 2 atau 3 talking chips (bergantung kepada kesesuaian aktiviti).

Antara contoh bagaimana Talking Chips boleh digunakan:

CONTOH 1:
Setiap kali guru menyoal, murid akan memberikan jawapan. 
Apabila jawapan telah diberikan, talking chips diserahkan kepada guru atau diletakkan di tengah-tengah meja kumpulan. 

Murid-murid yang advanced selalunya akan mencuba untuk menjawab semua soalan. Betul tak? Jadi, dengan adanya talking chips, setiap murid mempunyai 2 atau 3 peluang sahaja. SIAPA DAH HABIS TALKING CHIPS TAK DIBENARKAN BERCAKAP. Equal participation.
Jika sehingga akhir pembelajaran, masih ada lagi murid yang mempunyai talking chips, ini bermakna guru perlu memberi dorongan atau memberikan satu soalan bagi menilai kefahaman murid tersebut. sehingga murid berjaya menghabiskan semua talking chips.

CONTOH 2:
Guru mengarahkan murid untuk memberi pendapat dalam perbincangan kumpulan, Setiap kali murid memberi satu cadangan, talking chips diletakkan di tengah-tengah meja.

Talking Chips menggalakkan mereka mengeluarkan idea secara lisan. Mereka jadi lebih yakin untuk memberi pendapat dan akan membimbing rakan-rakan yang masih ada talking chips.


Friday, 10 March 2017

KAHOOT: LANGKAH DEMI LANGKAH

Kahoot! ialah platform untuk pembelajaran secara‘Blended Learning’ yang menyediakan ruang pembelajaran yang menarik iaitu kaedah pembelajaran berasaskan pedagogi digital melalui pertandingan atau permainan.
Kahoot mudah digunakan kerana melibatkan sistem respons pengguna yang berfungsi melalui sebarang peranti menjadikan kelas lebih interaktif dan menggalakkan kedua-dua pihak- pendidik dan pelajar bertanya soalan yang hebat.




















Friday, 24 February 2017

TARSIA

Pernah menggunakan jigsaw puzzle yang dihasilkan oleh Tarsia Formulator dalam PdPc anda? Cubalah install Tarsia Formulator dan hasilkan seberapa banyak jigsaw puzzle mengikut topik yang sesuai. Penggunaan Tarsia amat popular dalam subjek Sains dan Matematik. Di sini saya tunjukkan cara menghasilkan Standard Jigsaw (16 pieces) berbentuk segitiga bagi mengenalpasti Simple Past Tense dalam subjek Bahasa Inggeris.

Langkah pertama: Install Tarsia Formulator menggunakan link ini :

Langkah kedua, pilih jenis puzzle yang ingin dihasilkan.
 Langkah ketiga. Anda akan melihat paparan begini:
 Lihat di bahagian bawah. Terdapat button Input, Table, Output, Solution dan Back Side. Taip perkataan seperti dalam contoh.

Langkah keempat. Pilih nombor 2 pula di button sebelah kanan. Di situ terdapat nombor 1-16 yang menunjukkan kepingan segitiga yang akan terhasil nanti. Setelah memasukkan perkataan sehingga nombor 16, anda bolehlah melihat hasil dalam bentuk Table.



Langkah kelima. Klik di button Output. Anda dapat melihat hasilnya begini.


Langkah keenam. Klik di button Solution untuk melihat penyelesaian.


Print dan gunting kepingan tersebut. Hasilnya begini.
 







Seronoknya murid-murid ini!!