COC atau Code of Conduct adalah satu set peraturan kelas yang perlu dipatuhi oleh pelajar ketika kelas berlangsung. Kebiasaannya ia dilakukan di awal tahun di mana guru menyatakan peraturan-peraturan dalam subjek yang diajar.
Bagi mengurangkan isu seperti
"saya tak bawa buku teks"
"saya tertinggal kalkulator"
"saya tak ada pen"
apa kata cikgu cuba mengurangkan isu ini dengan meminta pelajar menyebut undang-undang atau peraturan tersebut.
Antara COC yang popular (saya berikan contoh bagi subjek Matematik):
1. Saya mesti membawa Buku Teks Matematik.
2. Saya mesti membawa kalkulator.
3. Saya mesti membawa buku latihan Matematik
4. Saya mesti membawa alat tulis yang lengkap.
5. Saya mesti pastikan tiada buku subjek lain di atas meja.
Bagaumana menjadikan COC berkesan dalam kelas cikgu?
Di sini saya berikan sedikit panduan:
jika cikgu amalkan strategi
Numbered-Heads Together sebelum memulakan kelas, cikgu boleh mengarahkan pelajar begini.
"Sebelum kita memulakan pembelajaran hari ini, saya minta Nombor 3 dari setiap kumpulan untuk menyatakan satu COC kita"
Maka nombor 3 dari kumpulan Pentagon akan bangun dan menyebut salah satu COC
diikuti dengan nombor 3 dari kumpulan Hexagon, nombor 3 dari kumpulan Octagon dan seterusnya.
Apabila cikgu tekal dengan kaedah ini, perubahan tingkah laku positif pelajar akan dapat dilihat kerana ia disebut dan didengari setiap kali cikgu masuk ke kelas. Secara tidak langsung, pelajar lebih mengingati dan mematuhi peraturan subjek cikgu. Lebih baik jika semua cikgu di sekolah membudayakan COC sebelum memulakan PdPc. Elemen Guru sebagai Pengawal juga dapat dipenuhi secara profesional dan sistematik.
Cuba ya!!!