Tuesday, 9 May 2017

Contoh Penilaian dalam proses PdPc

Penilaian dalam PdPc.

Salah satu elemen penting dalam PdPc ialah penilaian. Dalam PdPc cikgu Azreen, penilaian bagi objektif pertama dalam PdPc dilakukan setelah murid membaca poem The Meal. Cikgu memilih untuk menilai murid selepas setiap aktiviti, bukan di akhir proses PdPc.

Dalam aktiviti while reading, murid mengenalpasti nama bahan-bahan yang digunakan untuk membuat sandwich di dalam teks. Setelah mengingat dan menyebut nama-nama bahan, guru meminta mereka menulis nama bahan-bahan tersebut di atas sticky notes dan ditampal di Peta Bulatan.

Setelah murid menulis dan menampal, guru meminta semua murid membuat semakan dengan merujuk kepada teks.

Setelah penilaian secara lisan dan bertulis dijalankan, guru meneruskan dengan aktiviti bagi objektif kedua pula.

Dengan cara ini, guru dpt mengesan dan membuat remedial terhadap murid yang belum menguasai. Kefahaman murid dinilai dari semasa ke semasa.

#penilaian #evaluation

Friday, 7 April 2017

Talking Chips


Bagaimana kaedah ini dapat melibatkan SETIAP murid? 
Mudah saja!
Kebiasaannya guru-guru memilih untuk menggunakan penutup botol sebagai talking chips. Setiap murid diberikan 2 atau 3 talking chips (bergantung kepada kesesuaian aktiviti).

Antara contoh bagaimana Talking Chips boleh digunakan:

CONTOH 1:
Setiap kali guru menyoal, murid akan memberikan jawapan. 
Apabila jawapan telah diberikan, talking chips diserahkan kepada guru atau diletakkan di tengah-tengah meja kumpulan. 

Murid-murid yang advanced selalunya akan mencuba untuk menjawab semua soalan. Betul tak? Jadi, dengan adanya talking chips, setiap murid mempunyai 2 atau 3 peluang sahaja. SIAPA DAH HABIS TALKING CHIPS TAK DIBENARKAN BERCAKAP. Equal participation.
Jika sehingga akhir pembelajaran, masih ada lagi murid yang mempunyai talking chips, ini bermakna guru perlu memberi dorongan atau memberikan satu soalan bagi menilai kefahaman murid tersebut. sehingga murid berjaya menghabiskan semua talking chips.

CONTOH 2:
Guru mengarahkan murid untuk memberi pendapat dalam perbincangan kumpulan, Setiap kali murid memberi satu cadangan, talking chips diletakkan di tengah-tengah meja.

Talking Chips menggalakkan mereka mengeluarkan idea secara lisan. Mereka jadi lebih yakin untuk memberi pendapat dan akan membimbing rakan-rakan yang masih ada talking chips.


Friday, 10 March 2017

KAHOOT: LANGKAH DEMI LANGKAH

Kahoot! ialah platform untuk pembelajaran secara‘Blended Learning’ yang menyediakan ruang pembelajaran yang menarik iaitu kaedah pembelajaran berasaskan pedagogi digital melalui pertandingan atau permainan.
Kahoot mudah digunakan kerana melibatkan sistem respons pengguna yang berfungsi melalui sebarang peranti menjadikan kelas lebih interaktif dan menggalakkan kedua-dua pihak- pendidik dan pelajar bertanya soalan yang hebat.




















Friday, 24 February 2017

TARSIA

Pernah menggunakan jigsaw puzzle yang dihasilkan oleh Tarsia Formulator dalam PdPc anda? Cubalah install Tarsia Formulator dan hasilkan seberapa banyak jigsaw puzzle mengikut topik yang sesuai. Penggunaan Tarsia amat popular dalam subjek Sains dan Matematik. Di sini saya tunjukkan cara menghasilkan Standard Jigsaw (16 pieces) berbentuk segitiga bagi mengenalpasti Simple Past Tense dalam subjek Bahasa Inggeris.

Langkah pertama: Install Tarsia Formulator menggunakan link ini :

Langkah kedua, pilih jenis puzzle yang ingin dihasilkan.
 Langkah ketiga. Anda akan melihat paparan begini:
 Lihat di bahagian bawah. Terdapat button Input, Table, Output, Solution dan Back Side. Taip perkataan seperti dalam contoh.

Langkah keempat. Pilih nombor 2 pula di button sebelah kanan. Di situ terdapat nombor 1-16 yang menunjukkan kepingan segitiga yang akan terhasil nanti. Setelah memasukkan perkataan sehingga nombor 16, anda bolehlah melihat hasil dalam bentuk Table.



Langkah kelima. Klik di button Output. Anda dapat melihat hasilnya begini.


Langkah keenam. Klik di button Solution untuk melihat penyelesaian.


Print dan gunting kepingan tersebut. Hasilnya begini.
 







Seronoknya murid-murid ini!!


Tuesday, 1 November 2016

Gagne's Nine Levels of Learning



Gagne's Nine Levels of Learning model gives trainers and educators a checklist to use before they engage in teaching or training activities. Each step highlights a form of communication that aids the learning process. When each step is completed in turn, learners are much more likely to be engaged and to retain the information or skills that they're being taught.

If you use this approach before any type of training session or presentation, you'll remember how to structure your session so that your people get the best possible learning experience.

Source:
https://www.mindtools.com/pages/article/gagne.htm


Hierarki Pembelajaran Gagne


Gagne memperkenalkan 8 jenis tahap pembelajaran mengikut kesukaran



•PEMBELAJARAN ISYARAT
-Berlaku secara semula jadi dan tidak sengaja
-Kemahiran prasyarat perlu dimiliki seseorang.
-Contoh: Loceng sekolah berbunyi pada pukul 10.00 am menandakan waktu rehat.
-Ransangan positif dapat menyeronokkan PdP.
•PEMBELAJARAN RANSANGAN/TINDAK BALAS
-Proses peneguhan penting.
-Memberi ganjaran apabila pelajar telah berjaya melakukan kerja yang disuruh.
•PEMBELAJARAN RANGKAIAN
-Penggabungan beberapa bahan ransangan yang menghasilkan gerak balas.
-Selalunya digunakan berbentuk ABM atau semasa set induksi
-Turut menghasilkan tindak balas berbentuk urutan.
•PERTALIAN BAHASA
-Menggunakan bahasa untuk mengaitkan pembelajaran.
-Memerlukan proses ulangan untuk menjamin peneguhan.
•PEMBELAJARAN DISKRIMINASI
-Pembelajaran berfokus kepada cara untuk membezakan ciri-ciri sesuatu objek/keadaan.
-Pelajar perlu membezakan pelbagai ransangan yang seakan sama untuk menghasilkan tindak balas yang khusus.
•PEMBELAJARAN KONSEP
-Guru membimbing pelajar kenal pasti ciri-ciri tertentu berdasarkan konsep yang dipelajari.
-Melalui contoh-contoh yang jelas.
•PEMBELAJARAN HUKUM
-Gabungan 2 atau lebih konsep berkaitan mengikut urutan.
-Libatkan : rumus, prinsip, teori dan generalisasi
•PEMBELAJARAN MENYELESAIKAN MASALAH
-Terdapat langkah2 yang tersendiri:
a.Mengenal masalah
b.Mencari maklumat
c.Membuat hipotesis
d.Pilih cara selesaikan masalah
e.Uji hipotesis
f.rumusan

RUJUKAN:
Gagne, R. & Driscoll, M. (1988). Essentials of Learning for Instruction (2nd Ed.). Englewood Cliffs, NJ: Prentice-Hall.

Monday, 17 October 2016

The Use of Traffic Light Cards : Penggunaan Traffic Light Cards di dalam proses PdPc

Cooperative learning is an organized and structured way to use small groups to enhance student learning and interdependence. Cooperative learning is sometimes thought of simply as 'group work,' but groups of students working together might not be working collaboratively. Students are given a task, better known as an assignment, and they work together to accomplish this task. Each individual has responsibilities and is held accountable for aiding in the completion of the assignment; therefore, success is dependent on the work of everyone in the group. Several studies have found that when students work together to accomplish a group goal, they come to express norms in favour of doing whatever is necessary for the group to succeed (Deutsch, 1949; Thomas, 1957 in Slavin, 1995)
Pembelajaran koperatif ialah kaedah yang berstruktur, dipraktikkan di dalam kumpulan kecil untuk menjana proses pembelajaran dan saling bergantung yang lebih berkesan. Ramai yang menyangka bahawa pembelajaran koperatif adalah melalui kerja kumpulan sahaja. Pandangan ini tidak menepati Pembelajaran koperatif kerana dalam kerja kumpulan, tidak semua murid dapat dilibatkan, kerana tiada peranan khusus diberikan kepada mereka. Mereka tidak berkolaborasi dalam menjalankan tugasan yang diberi. Berbeza dengan pembelajaran koperatif, setiap individu mempunyai tanggungjawab yang spesifik dan kejayaan kumpulan adalah kejayaan setiap ahli. Beberapa kajian menunjukkan bahawa pelajar akan lebih terbuka dan beusaha untuk mencuba sedaya upaya bagi memastikan kejayaan kumpulan mereka, ia menjadi satu norma apabila pelajar berkerjasama dalam mencapai matlamat kumpulan. (Deutsch, 1949; Thomas, 1957 dalam Slavin, 1995).

In addition to learning from each other, students also learn how to work as part of a team and have others depend on them. The success of an effective implementation of cooperative learning begins with good classroom management. You'll need to have a clearly defined set of procedures so that the children know your expectations. One of the strategies is to implement the traffic light strategies to minimize noise level, increase students' participation and encourage positive behaviour in the classroom.
Selain belajar dari satu sama lain, pelajar juga belajar bagaimana untuk bekerja dalam satu pasukan di mana mereka saling bergantung dengan pencapaian ahli kumpulan. Oleh itu, antara faktor utama dalam menjalankan Pembelajaran Koperatif seharusnya bermula daripada pengurusan bilik darjah. Dalam mewujudkan pengurusan yang baik, prosedur-prosedur perlu dijelaskan dan dijadikan amalan dalam kalangan murid. Merekan perlu sedar dan tahu tentang apa yang diharapkan oleh guru. Antara kaedah atau strategi asas ialah penggunaan strategi "traffic light cards" bagi mengawal kadar bunyi, meningkatkan penglibatan murid dan menggalakkan perilaku positif di dalam kelas.

The Traffic Light can be implemented as a type of formative assessment that can be used to check to see if students feel they can apply (actually “do”) a concept/idea.The teacher presents a question and the students respond by raising either a red, yellow, or green cards given to them. The teacher can immediately see the results and adjusts his/her teaching during the rest of the class period or the following day based on the results provided. 

Strategi Traffic Light Cards juga boleh dipraktikkan sebagai salah satu penilaian
formatifbagi menilai sejauh mana kefahaman murid dalam aplikasi sesuatu konsep 
atau idea. Guru bertanyakan soalan dan muris memberi maklum balas dengan menunjukkan kad mereka. Pada waktu yang sama, guru dapat membuat perubahan atau meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan pencapaian murid. 

In this video, the teacher uses the traffic light cards to check pupils' understanding. 

Video ini menunjukkan bagaimana guru ini menggunakan Traffic Light Cards untuk
menilai kefahaman murid.



This video was taken in my coachee's English class in SK Felda Sg Sibol.
Video ini dirakam dengan kebenaran Guru Dibimbing saya di SK Felda Sg. Sibol.









References:

1.  Deutsch, M, (1949). A theory of cooperation and competition. Human Relations, 2, 129-152
2. Slavin, R. E. (1995). Cooperative Learning. Theory, Research and Practice. Allyn & Bacon, 16-17
3. Thomas, E. J. (1957) Effects of facilitative role interdependence on group functioning. Human relations, 10, 347-366


Jom Pinterest!!


Dalam bengkel pembinaan Bahan Sumber BM & BI pada 6 Oktober yang lalu, saya telah memperkenalkan aplikasi Pinterest kepada semua peserta. Ternyata ramai peserta yang masih belum mengetahui tentang mudahnya berkongsi bahan PdP melalui Pinterest. Terlalu banyak idea praktikal yang dapat mereka lihat melalui aplikasi tersebut, Antara tugasan yang mereka perlu lakukan ialah mendaftar dalam aplikasi tersebut dan mencipta "board" mereka . Bagi yang lebih maju, mereka perlu menge"pin" gambar berkenaan PdP dalam board saya iaitu FiTCL (Fun Learning+iThink+Cooperative Learning)




Berikut adalah slaid tentang bagaimana mendaftar akaun Pinterest. 

Friday, 14 October 2016

PENILAIAN BLOG www.coachingresources.blogspot.com

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Terima kasih kerana melayari blog www.coachingresources.blogspot.com. Saya amat mengalu-alukan tuan-tuan dan puan-puan untuk berkongsi maklumat dan memberikan maklum balas terhadap kandungan blog ini.

Sila klik link di bawah untuk menghantar maklum balas anda.

Kerjasama anda saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.


Thursday, 13 October 2016

Bengkel Pembinaan Bahan Sumber BM & BI bagi Guru-guru Dibimbing Daerah Kulai

Rabu 12 Oktober 2016

Bengkel Pembinaan Bahan Sumber BM & BI bagi Guru-guru Dibimbing Daerah Kulai telah diadakan di Dewan Seminar, PPD Kulai. Bengkel ini disertai oleh 115 orang guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sekolah-sekolah daerah Kulai.

Bengkel ini adalah sambungan daripada bengkel yang diadakan pada 5 Oktober 2016. Dalam fasa 2 ini, guru-guru mengadakan pameran mini bahan sumber PdP mereka.

Perkongsian sebegini dapat meningkatkan kemahiran dan keyakinan guru-guru dalam menjalankan PdP Abad Ke 21.


Bersama kumpulan pembentang yang hadir di sesi pagi.

























Menerusi bengkel ini, guru-guru dapat berkongsi bahan-bahan dalam bentuk softcopy dan boleh digunakan di dalam PdP mereka di masa akan datang.



coachingESL